Followers

Thursday, December 23, 2010

SYARAT KELAYAKKAN KURSUS BODYGUARD

Syarat-syarat untuk menyertai KURSUS BODYGUARD:-

  1. Berumur 19 tahun ke atas.
  2. Sihat tubuh badan, mental & fizikal.
  3. Tidak ada penyakit kronik.
  4. Tidak ada rekod jenayah.
  5. Mempunyai daya ketahan diri yang kuat & bersemangat tinggi.
  6. Warganegara MALAYSIA.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai KURSUS BODYGUARD sila sediakan perkara-perkara berikut:-

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Lesen Memandu
  3. 4 Keping gambar (ukuran passport)
  4. Laporan Kesihatan dari Doktor (medical check up)
  5. Salinan sijil-sijil kemahiran (jika ada)

Tuesday, December 21, 2010

PENGUMUMAN - KURSUS BODYGUARD

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus BODYGUARD sila datang terus ke Pejabat SSBP untuk dapatkan borang, maklumat & sebarang pertanyaan. Bagi yang berminat & duduk sekitar Lembah Klang & Selangor sila datang terus ke pejabat kami di:

12-1 Jalan 5A/6
Taman Setapak Indah
53100 Kuala Lumpur

Waktu pejabat: 9.00 pagi - 5.00 petang 

No telefon: 03-4022 8775

Bagi sesiapa yang berminat, tetapi berada di luar Lembah Klang (lain-lain negeri) sila tinggalkan alamat anda di ruangan komen atau emel terus ke ssbp75@gmail.com Kami akan poskan borang kursus ke alamat anda.

KURSUS BODYGUARD

Syarikat akan menganjurkan kursus bodyguard. Berikut adalah maklumat-maklumat lengkap tentang kurus.


  1. Tempoh Kursus: 7 - 14 hari (2 minggu)
  2. Tempat Kursus: Pusat Latihan Polis (luar Kuala Lumpur)
  3. Yuran Kursus: RM2,000.00
  4. Bayaran perlu dijelaskan semasa borang diserahkan atau Bank in ke akaun Maybank SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN. BHD. no akaun: 5140 66 331660
  5. Syarikat akan menyediakan: 
  • Penginapan Kursus termasuk makan & minum.
  • Peralatan Latihan / bahan rujukan dalam kursus
  • Sewa senjata api
  • Sewa peluru / Lapang sasar
  • Syarikat akan mengeluarkan SIJIL PENGIKTIRAFAN / ANALISA LATIHAN setelah tamat latihan.
Maklumat lain tentang iklan kursus BODYGUARD sila rujuk di sini.

Friday, December 10, 2010

SESSI LATIHAN MENEMBAK


Tenaga pengajar dari PDRM memberikan taklimat & tunjuk ajar
selok belok senjata sebelum memulakan sessi menembak


Sebelum menembak, tenaga pengajar masih lagi  memantau
dan menunjukkan cara yang betul untuk mengisi peluru 
ke dalam senjata api.


Sessi menembak bermula. Masih lagi dibawah pemantauan
tenaga pengajar. Memberi tunjuk ajar ke arah target yang
betul.



Sasaran target.
Selesai menembak letakkan senjata ke atas meja yang diediakan.
Tenaga pengajar menunjukkan cara mempastikan tiada
baki peluru dalam sejata api.



Sessi pengiraan markah. Berdasarkan ketepatan target.

Thursday, December 9, 2010

IKLAN BODYGUARD (2)

IKLAN BODYGUARD (1)

BODYGUARD FORM (2)

[KLIK pada gambar untuk print borang]

BODYGUARD FORM (1)

[KLIK pada gambar untuk print borang]

JURULATIH KURSUS


ANTARA PEGAWAI YANG MENDAPAT TAULIAH SEBAGAI
JURULATIH KESELAMATAN DARIPADA KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Che Din Bin Aman
Ismail bin Jusoh
En. Mohd Saiful Bahari bin Mamat
En. Ronny Abel Kating



ANTARA PEGAWAI YANG TELAH MENGHADIRI
KURSUS KEMAHIRAN PENGAWAL KESELAMATAN


Hj. Ibrahim bin Sidek




JURULATIH LUAR


ASP Hamsah Sakor (Polis Diraja Malaysia)
Sharifuddin Bin Saberi (Agensi Antidadah Kebangsaan)
 LT (PA) Mohd Masdar Abdullah (Jabatan Pertahanan Awam)

LATIHAN ASAS KAWALAN KESELAMATAN & AKTIVITI



Setiap Pengawal Keselamatan SSBP telah diberi Kursus Kemahiran Pengawal Keselamatan. Dalam kursus ini para pengawal diberi pendedahan mengenai skop secara meluas mengenai industri kawalan keselamatan.






 Antara teori dan pratikal yang disampaikan termasuk Hukuman Tetap Operasi (SOP) secara menyeluruh dalam perkhidmatan kawalan keselamatan. Ia meliputi kawalan tanpa senjata, bersenjata, kawal iring wang (C.I.T), pengawal Warga Nepal dan teknikal persenjataan





Selain itu, pengawal juga didedahkan mengenai pengenalan tentang Undang-Undang (Akta Ejensi Persendirian 1971), Senjatapi, Pertolongan Cemas, Teknik menghadapi kebakaran dan motivasi. 
Syarikat sedang membangunkan bengkel membaiki senjata dan peluru. Sasaran perkhidmatan kepada pasukan agensi kerajaan dan swasta yang menggunakan senjatapi




Pengawal keselamatan juga telah diberi Latihan Menembak khususnya kepada pengawal keselamatan bersenjata & CIT bagi memahirkan diri dalam penggunaan senjatapi di samping mempelajari teknik-teknik penggunaan senjata dengan betul.

PERKHIDMATAN – PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT

Kawalan  Pengawal  Statik
Kawalan Bersenjatapi
Kawalan rondaan
Kawalan Pengiring
( Escort )
Cash  And Transit
Penyiasat Persendirian
      (Private Investigator)
Pengawal Peribadi / Pegawai Pengiring Kenamaan
( Dalam / Luar Negeri  )
Body Guard Training
Security ICT System
Patrolling Management system / CCTV / Walkie-talkie / others
Armed Guard Training 
Supplying   & Trading  Security Equipment
Security Uniform / Corporate Uniform
Advisor & Security  Consultation Management
Dog Guarding & Handler Services

INFORMASI SYARIKAT







Nama Syarikat : SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD 
No. Pendaftaran : 368106-U 
Tarikh Pendaftaran 21 November 1995 
Alamat Perniagaan
     WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD 
     12-1 JALAN 5A/6, TAMAN SETAPAK INDAH,  
     53100 KUALA LUMPUR. 
No. Telefon/HP/Faks 03-4022 8775 / 019-2303864 / 03-4022 6060 
Laman Web :
  www.securitybekaspolis.blogspot.com 
   
Email :
sykt_bekaspolis@yahoo.com.my 
ssbp75@gmail.com 
Modal Dibenarkan : RM 1,000,000.00  
Modal Berbayar : RM    500,000.00 
Perlindungan Insuran :
Hong Leong Assurance Berhad  
  1.    Profesional Indemnity (E&O) 
  2.    Fidelity Guarantee 
  3.    Public Liability 
  4.    Group Personal Accident
 No. Sijil PERKESO : A3742400Z 
 No. Sijil KWSP : 011794050 
 Bank-Bank :
  1. MAYBANK, JALAN TAR, KUALA LUMPUR  
  2. MAYBANK, SETAPAK, KUALA LUMPUR 
  3. BSN, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR 
  4. AFFIN BANK, JALAN GENTING KLANG, KUALA LUMPUR 
Setiausaha Syarikat : KNJ COPORATE SERVICES SDN BHD 
Juruaudit Luar : MMI & Associate, Hisham & Co








MENGENAI SYARIKAT

SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (SSBP) dahulunya dikenali sebagai Setiawan Security Sdn. Bhd. telah ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat pada 21 November, 1995. Syarikat ini adalah anak syarikat kepada KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD , nama asalnya Syarikat Kerjasama Serbaguna Bekas-Bekas Polis, telah ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta Koperasi pada 27 April, 1971 yang mana tujuan utamanya adalah memberi peluang pada Ahli – Ahli nya meneroka bidang perniagaan bagi menaikkan taraf ekonomi mereka .

Perkhidmatan kawalan keselamatan ini mulanya dijalankan dibawah Koperasi Bekas Polis Malaysia sejak tahun 1975 lagi. Koperasi ini telah diberi Lesen Agensi Persendirian oleh Kementerian Dalam Negeri. Pada 1996 lesen ini pula telah dipindahkan kepada anak syarikatnya iatu  SSBP atas arahan Kementerian Dalam Negeri. Oleh itu, pengalaman perkhidmatan kawalan keselamatan bukanlah merupakan perkara baru bagi syarikat ini.

Peredaran zaman telah bertambah pesat dan arus ekonomi  masa kini memerlukan pelbagai perubahan  dan anjakkan  ke arah globallisasi . Perkembangan dalam Industri Keselamatan juga tidak ketinggalan dalam  memberi sumbangan terhadap system keselamatan Negara , terutamanya dalam  tindakan mengurangkan kadar jenayah Negara.

Dalam  menyahut cabaran  serta  terlibat dalam menaik taraf industri ini berbekalkan Pengalaman yang ada , maka kami sentiasa meneroka pelbagai pembaharuan bagi kecemerlangan Syarikat ini . 

SSBP yang mempunyai Ibu Pejabat di Kuala Lumpur menjalankan aktivitinya di seluruh negara termasuk Sabah , Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan menerusi cawangan - cawangan yang di urus oleh Anggota Koperasi / Anak Anggota Koperasi / bekas Pegawai Polis dan ATM yang  mempunyai pengalaman luas di dalam Industri  kawalan keselamatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...