Followers

Thursday, December 9, 2010

MENGENAI SYARIKAT

SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (SSBP) dahulunya dikenali sebagai Setiawan Security Sdn. Bhd. telah ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat pada 21 November, 1995. Syarikat ini adalah anak syarikat kepada KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD , nama asalnya Syarikat Kerjasama Serbaguna Bekas-Bekas Polis, telah ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta Koperasi pada 27 April, 1971 yang mana tujuan utamanya adalah memberi peluang pada Ahli – Ahli nya meneroka bidang perniagaan bagi menaikkan taraf ekonomi mereka .

Perkhidmatan kawalan keselamatan ini mulanya dijalankan dibawah Koperasi Bekas Polis Malaysia sejak tahun 1975 lagi. Koperasi ini telah diberi Lesen Agensi Persendirian oleh Kementerian Dalam Negeri. Pada 1996 lesen ini pula telah dipindahkan kepada anak syarikatnya iatu  SSBP atas arahan Kementerian Dalam Negeri. Oleh itu, pengalaman perkhidmatan kawalan keselamatan bukanlah merupakan perkara baru bagi syarikat ini.

Peredaran zaman telah bertambah pesat dan arus ekonomi  masa kini memerlukan pelbagai perubahan  dan anjakkan  ke arah globallisasi . Perkembangan dalam Industri Keselamatan juga tidak ketinggalan dalam  memberi sumbangan terhadap system keselamatan Negara , terutamanya dalam  tindakan mengurangkan kadar jenayah Negara.

Dalam  menyahut cabaran  serta  terlibat dalam menaik taraf industri ini berbekalkan Pengalaman yang ada , maka kami sentiasa meneroka pelbagai pembaharuan bagi kecemerlangan Syarikat ini . 

SSBP yang mempunyai Ibu Pejabat di Kuala Lumpur menjalankan aktivitinya di seluruh negara termasuk Sabah , Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan menerusi cawangan - cawangan yang di urus oleh Anggota Koperasi / Anak Anggota Koperasi / bekas Pegawai Polis dan ATM yang  mempunyai pengalaman luas di dalam Industri  kawalan keselamatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...