Followers

Thursday, April 30, 2015

MAJLIS PERJUMPAAN TAHUNAN 2015

Pada 26 Januari 2015 di adakan majlis perjumpaan bersama pegawai pemasaran dan cawangan untuk sessi mendengar permasalahan dan menambah baik prestasi kerja. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat.











Wednesday, April 29, 2015

CORAT CORET BANTUAN BANJIR KEPADA PENGAWAL YANG TERLIBAT JANUARI 2015


Ribuan terima kasih kepada Mejar Mansor bin Jusoh selaku Pengurus Cawangan Pahang yang bertungkus lumus memastikan keperluan para pengawal dibawah seliaannya terjaga dengan baik. 

Mejar Mansor juga yang membawa para Pengarah Syarikat dan Pengurus melawat mangsa banjir. Semoga dengan lawatan ini dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.




























STANDARD OPERATION PROCEDURE

ARAHAN TETAP TUGAS PENGAWAL – S.O.P

1.      Pengawal di kehendaki melapor diri untuk bertugas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu pengawal mula bertugas untuk tujuan ambil alih dan serah menyerah tugas.

2.      Buku Laporan Harian hendaklah di simpan di tempat pengawal bertugas.


3.      Setiap pengawal yang bertugas dimestikan membuat catatan tarikh, laporan kejadian, tindakan dan nama serta ditanda tangan oleh pengawal bertugas dengan menggunakan pen hitam atau biru sahaja.

4.      Semasa menyerah atau mengambil alih tugas, semak dan periksa perintah tetap, arahan-arahan lain dan membuat rondaan di kawasan (bangunan atau pejabat) serta barang-barang supaya berada dalam keadaan selamat. Tandatangan setiap kali meyerah dan mengambil alih tugas atau rumah-rumah yang dikawal dalam buku Laporan Harian.


5.      Pengawal mesti membuat catatan yang betul bagi merakamkan fakta-fakta yang jelas menyatakan keadaan sekeliling dan mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dengan bahasa yang mudah difahami.

6.      Sila catatkan secepat mungkin arahan atau kejadian-kejadian berisiko yang berlaku seperti:

a)    Bila, mengapa, bagaimana dan siapa yang telah memasuki kawasan yang tidak dibenarkan atau memasuki kawasan selepas waktu yang dibenaran.

b)    Kecurian, pencerobohan, kemalangan, kebakaran, kerosakkan harta benda atau kejadian-kejadian sekeliling kawasan kawalan.


c)    Buat catatan-catatan ke atas perkara-perkara yang mencurigakan yang berlaku di sekeliling kawasan kawalan. Catatan hendaklah berdasarkan apa yang anda lihat, dengar, bau dan sentuh.

d)    Buat catatan jika berlaku perlanggaran undang-undang dan peraturan kawasan yang dikawal seperti terdapat pintu yang tidak dikunci pada masa sepatutnya atau terdapat kemasukkan kenderaan tanpa kebenaran.


e)    Buat catatan ke atas semua arahan-arahan lain yang diberikan oleh pegawai pelanggan dan Ketua/Pegawai keselamatan ditempat  anda bertugas.

f)       Buat catatan ke atas segala tindakan segera yang wajar anda lakukan ketika berhadapan dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas seperti menghubungi pihak berkuasa, mendapat bantuan daripada rakan setugas atau anggota keselamatan, membunyikan wisel dan sebagainya.

Anda bukanlah anggota Polis atau pihak berkuasa undang-undang. Kuasa anda adalah terhad untuk bertindak bagi pihak dan di bawah kuasa majikan anda, dan undang-undang serta peraturan yang dirangka olehnya. Jangan mendatangkan masalah dengan cuba bertindak di luar keupayaan anda.

7.      Fakta-fakta dan tarikh-tarikh yang tercatat dalam buku laporan harian akan digunakan sebagai bukti dan tindakan penyiasatan selanjutnya.


8.      Oleh itu catatan hendaklah kemas, buku perlu dijaga supaya bersih, tidak boleh koyak, tidak boleh diconteng dan tulisan tidak boleh dipadam atau dihapuskan. Sebarang pembetulan ke atas catatan hanya boleh dibuat dengan cara membuat garisan pembatalan dan ditangani oleh pengawal yang melaporkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...