Followers

Friday, October 19, 2018

SESI DIALOG BERSAMA AHLI PPKKM

19 Oktober 2018 Sesi Dialog Bersama Ahli PPKKM telah di adakan di Institut Latihan Kehakiman (ILKAP) di Bangi bersama agensi Kerajaan.

Sesi dialog ini membincangkan permasalahan kelewatan pembayaran khidmat kawalan keselamatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada syarikat kawalan keselamatan di seluruh Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia menjanjikan dan memberi jaminan akan menyelesaikan pembayaran tertunggak dalam tempoh 3 hari.

Syarikat kawalan keselamatan memohon agensi kerajaan KWSP, PERKESO dan Kastam memberi kelonggaran atas kelewatan menjelaskan caruman bulanan, ini berlaku rentetan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menyelesaikan pembayaran tertunggak.

Syarikat kawalan keselamatan berasa sangat tertekan akibat kelewatan dan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan pembayaran secara berkala.







Monday, October 8, 2018

SEMINAR KECEMERLANGAN KERJA

8 Oktober 2018, Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd telah mengadakan seminar kecemerlangan pekerja. Pegawai-pegawai dari seluruh Malaysia menyertai seminar dan sesi dialog ini.

Mengupas segala permasalahan yang berlaku sepanjang tahun 2018 dan membincangkan jalan dan cara terbaik untuk mengatasi segala kekurangan dan memberikan yang terbaik buat pelanggan.

Majlis di sambut meriah dan sungguh memuaskan.






Sunday, September 16, 2018

PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN

Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd, sentiasa memastikan Pegawai yang berkaliber, bertanggung jawab, jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. Kesetiaan mereka tiada tolok bandingan. Itulah kunci utama melahirkan Pengawal Keselamatan yang sangat berdedikasi dalam menjalan tugas.

Pegawai yang sentiasa bersedia bekerja walaupun pada masa sedang bercuti.
Haron bin Jasmat 010-707 2040

Walau apa pun cuaca tanggung jawab tetap di laksanakan dengan baik.

Sentiasa bersedia dan mematuhi arahan yang diberikan oleh Pegawai. (Encik Mohd Taufik bin Ismail sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Operasi Zon Muar)
Mohd Taufik bin Ismail 011-1876 8960


Hujan lebat bukan penghalang untuk melakukan rondaan di premis kawal selia,

Sentiasa bersedia mencatitkan laporan dan bekerja dengan penuh keihlasan jelas terpancar dari senyuman


Sentiasa memantau dan melaporkan kerosakan sistem.

Thursday, July 12, 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2018

Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd adalah milik penuh Koperasi Bekas Polis Malaysia Berhad yang beroperasi di Wisma Koperasi Bekas Polis Malaysia Berhad di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur

Mesyuarat Agung Perwakilan bagi tahun 2018 di adakan pada 12hb Julai 2018 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel Kuala Lumpur.

Barisan Pengarah

Pengerusi Koperasi Bekas Polis Malaysia Berhad merangkap Pengarah SSBP
Tuan Ku Mohamad Khalib bin Tuan Ibrahim

Setiausaha Koperasi Bekas Polis Malaysia Berhad merangkap Pengarah SSBP
Tuan Haji Ismail bin Yusoff


Head of Administration
Mr S Ravichandra A/L M Suppiah

Delegasi Perwakilan

Juruaudit Luar
Tetuan Hisham and Co
MMI & Association

Sesi membuang undi memilih Lembaga Pengarah yang bertanding

Pengiraan undi di kira oleh Pegawai Pentadbiran dan Pegawai Akaun sambil di saksikan dan dipantau oleh Bendahari Koperasi Bekas Polis Malaysia Berhad, Hajah Zaleha binti Rabit, Ketua Pentadbiran dan Juruaudit Luar.


Friday, March 16, 2018

PENGAWAL KESELAMATAN

Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd sentiasa memastikan Pengawal Keselamatan sentiasa bersedia dan penuh dedikasi menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Pengalaman dan garis panduan yang sentiasa di berikan kepada pekerja kami memberikan hasil yang memuaskan.








Monday, February 5, 2018

PELAN PEMASARAN 2018

Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa.

Membaik pulih segala kelemahan dan mengutamakan kebajikan pekerja. Pekerja yang di jaga kebajikan akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik.



Oleh itu kami sentiasa memastikan pegawai kami sentiasa bersiap siaga untuk memacu perkhidmatan cemerlang.

Sesi dialog dijadikan acara tahunan untuk mengupas segala kelemahan dan segera memperbaiki agar sentiasa menjadi yang terbaik.


Pegawai kami yang berkaliber sentiasa memberikan maklum balas yang terbaik buat syarikat. Berkongsi idea dan pengalaman agar dapat dijadikan tauladan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...