Followers

Friday, October 19, 2018

SESI DIALOG BERSAMA AHLI PPKKM

19 Oktober 2018 Sesi Dialog Bersama Ahli PPKKM telah di adakan di Institut Latihan Kehakiman (ILKAP) di Bangi bersama agensi Kerajaan.

Sesi dialog ini membincangkan permasalahan kelewatan pembayaran khidmat kawalan keselamatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada syarikat kawalan keselamatan di seluruh Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia menjanjikan dan memberi jaminan akan menyelesaikan pembayaran tertunggak dalam tempoh 3 hari.

Syarikat kawalan keselamatan memohon agensi kerajaan KWSP, PERKESO dan Kastam memberi kelonggaran atas kelewatan menjelaskan caruman bulanan, ini berlaku rentetan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menyelesaikan pembayaran tertunggak.

Syarikat kawalan keselamatan berasa sangat tertekan akibat kelewatan dan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan pembayaran secara berkala.







Monday, October 8, 2018

SEMINAR KECEMERLANGAN KERJA

8 Oktober 2018, Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd telah mengadakan seminar kecemerlangan pekerja. Pegawai-pegawai dari seluruh Malaysia menyertai seminar dan sesi dialog ini.

Mengupas segala permasalahan yang berlaku sepanjang tahun 2018 dan membincangkan jalan dan cara terbaik untuk mengatasi segala kekurangan dan memberikan yang terbaik buat pelanggan.

Majlis di sambut meriah dan sungguh memuaskan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...