Followers

Friday, October 19, 2018

SESI DIALOG BERSAMA AHLI PPKKM

19 Oktober 2018 Sesi Dialog Bersama Ahli PPKKM telah di adakan di Institut Latihan Kehakiman (ILKAP) di Bangi bersama agensi Kerajaan.

Sesi dialog ini membincangkan permasalahan kelewatan pembayaran khidmat kawalan keselamatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada syarikat kawalan keselamatan di seluruh Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia menjanjikan dan memberi jaminan akan menyelesaikan pembayaran tertunggak dalam tempoh 3 hari.

Syarikat kawalan keselamatan memohon agensi kerajaan KWSP, PERKESO dan Kastam memberi kelonggaran atas kelewatan menjelaskan caruman bulanan, ini berlaku rentetan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menyelesaikan pembayaran tertunggak.

Syarikat kawalan keselamatan berasa sangat tertekan akibat kelewatan dan kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan pembayaran secara berkala.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...